|
Ayat-Ayat Novel |
2008年5月6日火曜日 |
Harum Chempaka Cinta. Kadangkala datangnya sekelip mata. Ketika hatinya merasa cinta, tidak ada yang sudi menerima. Cinta itu hadir sehingga menyeksanya. Chempaka sedar, benarlah kata orang, cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.
Bila Hati Berbisik Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara?
Seribu Kali Sayang Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.
Pelangi Membeku Walaupun lahirnya di ceruk kampung dan tidak berpelajaran, Marfuzah sentiasa mengimpikan kehidupan yang sempurna. Dia sering berangan-angan ingin menjadi puteri yang dilamar oleh putera raja. Namun, realiti kadangkala tidak seindah impian.
Menanti Kasih Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.
Usikan Rindu Kerana kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!
Ku Utus Rindu Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi? Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!
Sakitnya Sayang Derita jiwa itu tidak dapat lagi dibendung... Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan…
Hak Cinta Sesungguhnya, mereka tidak pernah mengimpikan laluan hidup yang sukar. Hak untik dicintai dan mencintai, siapa mereka untuk menentukan? Namun, jika cinta itu sudah menjadi hak, maka menjadi tugas untuk memeliharanya walau perlu bergadai nyawa. Percayalah…Jika Benar Cinta maka Hak Cinta mesti terus Terpelihara! Jangan sampai ketinggalan.
Bahagia kashimu Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri. Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.
Cinta mekar dihati Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak dengan kekayaan dan kebendaan… tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.
1.Delivery :FOC Area Shah Alam, Subang, Subang Jaya, Puchong & Petaling Jaya.
2.Denda Lewat :0.50 Sehari/0.15 Sehari -Denda lewat pulang dikenakan berdasarkab bilangan hari. -Maksimum lewat adalah 14 hari, selepas tempoh itu deposit akan diambil. -Rebet diberikan untuk pemulangan awal
Antara Kau Orang Yang Minat Ayat-Ayat Novel Click Di Sini
3.Hilang :Deposit -Jika buku/novel yang dipinjam hilang, maka deposit akan diambil sebagai gantirugi.
Lain-Lain : -Bayaran adalah berdasarkan harga sewa dan deposit. Contoh: Jika sewa sesebuah novel ialah RM3.00 dan deposit ialah RM20.00, maka harga yang perlu dibayar semasa meminjam buku ialah RM23.00. Deposit akan dipulangkan semasa pemulangan buku (denda lewat akan diambil dari deposit jika berkenaan). Sila pastikan resit diberikan semasa membuat pembayaran dan pemulangan
Contacts: Nazrin
Phone: 016-2099900
Email: mnazrinm@yahoo.com |
posted by khairuddin @ 12:57 |
|
|
|
|